sukan

Azri Ghani beri bayangan

Selepas acap kali dilanda kontroversi tunggakan gaji menyebabkan salah seorang pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) seperti memberi bayangan dirinya bakal meninggalkan juara Piala Malaysia 2021 dan berhijrah ke pasukan baharu musim hadapan.

Pemain yang dimaksudkan adalah penjaga gol mereka, Azri Ghani yang dilihat memuat naik sekeping gambar jambatan Pulau Pinang di Instagram miliknya.

Jika meneliti gambar itu, ia seakan-akan ingin mengatakan ketika ini agak gelap perjalanannya namun mungkin cahaya yang bersinar itu boleh mengubah nasibnya bersama pasukan baharu.

Ia seperti isyarat awal secara halus bahawa dirinya ingin keluar dan bakal berhijrah ke pasukan utara tanah air kerana semua sedia maklum, Penang FC antara pasukan yang bebas dari ‘dihantui’ isu tunggakan gaji musim ini.

Meskipun skuad The City Boys menunjukkan konsisten layak ke final tiga tahun berturut-turut namun masalah gaji menjadi dilema buat para pemain.

Di KL City, Azri bukanlah pilihan utama dan lebih banyak memanaskan kerusi simpanan, dia hanya akan diturunkan jika penjaga gol utama mereka, Kevin Mendoza mengalami kecederaan atau sebaliknya.

Melihat potensi yang ada pada pemain berusia 24 tahun itu, tiba masanya untuk Azri berhijrah untuk mendapatkan minit permainan lebih banyak apatah lagi dirinya antara pilihan bakal mengemudi gawang skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Mungkin kehadiran wira KL City yang membantu pasukannya layak ke pentas final Zon Asean Piala AFC musim lalu mampu mengubah keadaan pasukan Harimau Kumbang.

Jika dilihat secara statistik, pasukan itu agak permasalahan di bahagian pertahanan apabila melepaskan 39 gol setakat 23 perlawanan hanya untuk saingan Liga Super musim ini.

sumber:- HM

Untuk rekod, pemain kelahiran Kelantan itu menyertai skuad Warga Kota pada musim lepas dan telah membantu pasukan itu final Piala AFC.