Cristiano Ronaldo yang tidak berpuas hati, memberi isyarat meminta pengadil perlawanan ditukarkan ketika kemenangan 1-0 Al-Nassr ke atas Al-Ettifaq dalam aksi Piala Raja Juara-Juara.
Ronaldo berang dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan rakan sepasukannya, Talisca selepas merujuk kepada VAR.
Bintang Portugal itu dikatakan ofsaid dan dia menunjukkan isyarat meminta pengadil dari Chile, Piero Maza ditukarkan.
Maza sekali lagi membuat keputusan kontroversi membabitkan Talisca dengan melayangkan kad kuning dan kemudian ditukarkan kepada kad merah selepas pemain Brazil itu mengasari lawan dengan tangannya.
Ronaldo turut menerima kad kuning di babak pertama kerana membantah keputusan pengadil yang tidak memberikannya sepakan percuma.
Dia hampir dilayangkan kad kuning kedua kerana sekali lagi membantah keputusan pengadil.
Al-Ettifaq, yang dikendali Steven Gerrard, juga terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Ali Hazazi dibuang padang kerana kekasaran yang menyebabkan pergaduhan di antara kedua-dua pasukan.
sumber:- BH
Sadio Mane menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk membawa Al-Nassr ke peringkat suku akhir.