Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mempunyai tempoh sehingga 14 November ini untuk menandatangani kontrak perjanjian persetujuan komitmen baharu untuk terus berada dalam program Road To Gold (RTG).
Buat masa ini, Zii jia masih belum membuat sebarang keputusan dan bagi koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam pihaknya akan menunggu sehingga tarikh berkenaan memandangkan kesibukan pemain di ranking ke-11 dunia itu menyertai kejohanan di luar negara.
“Semua atlet sudah menandatanganinya, apapun kita memahami kerana dia sibuk mengikuti kejohanan di luar negara dan baharu pulang ke tanah air.
“Belum ada kesempatan berjumpanya secara peribadi. Saya akan cuba sedaya upaya kerana persetujuan komitmen ini penting. Jawatankuasa memberikan masa sehingga 14 November ini untuk dia menandatangani persetujuan komitmen ini,” kata Stuart dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa RTG, hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata, pemain berusia 25 tahun berkenaan semakin menunjukkan peningkatan dalam tempoh terdekat ini.
“Mengikut ranking, Zii Jia ada peningkatan, cuma status terkininya dalam RTG belum dipastikan kerana belum menandatangani kontrak persetujuan komitmen. Prestasinya dari Jun hingga sekarang naik tiga tangga ranking dunia dan 11 anak tangga dalam kedudukan kelayakan,” kata Hannah.
sumberL- BH
Zii Jia pada ketika ini berada di kedudukan kesembilan dalam senarai kelayakan Olimpik – Race to Paris – dengan mengumpul 59,076 mata susulan kejayaannya muncul juara di Terbuka Artik dan naib juara di Terbuka Denmark, baru-baru ini.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More