JAGUH badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia masih boleh menarik nafas lega apabila kekal berada dalam program Road to Gold (RTG) sekalipun tidak berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan mengekalkan pemain profesional negara itu dibuat berdasarkan kemajuan yang dipamerkannya dalam tempoh tiga bulan terakhir.
“Mengikut ranking, Zii Jia ada peningkatan… cuma status terkininya dalam RTG belum dipastikan kerana dia belum menandatangani kontrak persetujuan komitmen.
“Prestasinya dari Jun hingga sekarang naik tiga tangga ranking dunia dan 11 anak tangga dalam kedudukan kelayakan,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Selasa.
Berdasarkan kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia kini menghuni tangga ke-11 dunia, manakala dalam kelayakan Olimpik, dia berada di kedudukan kesembilan.
Daripada menghuni tangga ke-14 dunia, Zii Jia melonjak ke kedudukan ke-11 selepas muncul juara Terbuka Artik 2023 di Finland dua minggu lalu.
Dalam pada itu, Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, Zii Jia satu-satunya atlet yang belum menandatangani kontrak perjanjian persetujuan komitmen baharu dalam program berkenaan.
“Semua atlet lain sudah menandatanganinya, tapi kita faham kerana dia sibuk mengikuti pertandingan di luar negara dan baru balik ke tanahair.
sumber:- SH
“Belum ada kesempatan berjumpanya secara peribadi. Saya akan cuba sedaya upaya kerana persetujuan komitmen ini penting.
“Jawatankuasa (RTG) memberi masa sehingga 14 November untuk dia menandatangani persetujuan komitment ini,” jelas Stuart.
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More
Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League, baru-baru… Read More
Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu. Ini… Read More
Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon naturalisasi iaitu Bergson da Silva… Read More
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan kontrak beregu wanita negara, Pearly… Read More