sukan

JDT mahu jadikan Kelantan United ‘mangsa’ kebangkitan

Walaupun berdepan Kelantan United FC yang menghuni tangga ke-12 Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap menghormati lawan itu apabila beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, malam esok.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, anak buahnya akan beraksi dengan disiplin tinggi bagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga.

“Saya tetap anggap ia perlawanan sukar kerana perlawanan akan berlangsung di laman lawan dan Kelantan United pasti mahu membuktikan sesuatu.

“Apapun, kami akan beri yang terbaik dengan corak permainan berintensiti tinggi bagi meneruskan momentum kemenangan dalam saingan liga,” katanya.

JDT yang terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia, Selasa lalu pastinya mahu bangkit dan kembali dengan corak permainan yang lebih konsisten.

Sama ada pengendali kelahiran Argentina itu bakal melakukan penggiliran dalam kesebelasan utama, misi untuk memburu tiga mata tetap menjadi buruan dalam kancah liga elit domestik dan kemungkinan Diogo Luis Santo akan dipertaruhkan dalam skuad utama.

Di posisi tengah, kelibat Afiq Fazail yang menjadi nadi utama bahagian itu mungkin Syamer Kutty Abba akan diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera tengah bersama Juan Muniz atau Endrick Dos Santos.

sumber:- BH

Posisi pertahanan pula, Solari perlu memberi ruang buat Shahrul Saad bagi merehatkan Jordi Amat untuk membentuk gandingan bersama Feroz Baharuddin selain Syahmi Safari bergerak di posisi bek kanan dan merehatkan Matthew Davies untuk pertembungan menentang Kelantan United.