Penguasaan Johor Darul Ta’zim (JDT) selama sedekad dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dijangka berterusan pada musim depan apabila seorang pemain bintang daripada lima tonggak baharu bakal menyertai skuad Harimau Selatan selepas ini.
Perkara itu disahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui pihaknya bakal merekrut bintang kelahiran Amerika Selatan bagi memperkukuhkan pasukan itu musim depan.
Walaupun tidak menyatakan nama pemain itu, difahamkan tonggak tengah kelab San Lorenzo yang beraksi di liga utama Argentina iaitu Jalil Juan Elias sebagai sasaran terbaharu juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu.
Menurut Tunku Ismail dalam program bual bicara bersama stesen televisyen swasta tempatan baru-baru ini, pemain bertaraf bintang itu adalah aset terbaharu dengan empat lagi tonggak turut menyertai pasukan itu.
“Saya sudah ada perancangan bagi musim 2024. Sebagai contoh, kami melihat ada beberapa posisi yang kami (JDT) perlu perbaiki. Kami sudah pun sedia maklum mengenai pemain-pemain yang kami inginkan pada musim depan.
“Sekarang ini persiapan sekitar 85 hingga 90 peratus. Saya akan pastikan persiapan pasukan selesai menjelang akhir tahun ini,” kata Tunku Ismail.
Selain itu, beliau mengesahkan ayam tambatan JDT, Bergson da Silva akan kekal bersama pasukan sekali gus menolak dakwaan bakal meninggalkan kelab itu.
sumber:- HM
“Sudah tentu kontrak Bergson akan disambung dan kekal bersama JDT musim 2024 serta kebanyakan pemain turut kekal bersama pasukan JDT. Cuma ada beberapa pemain yang kita akan ganti untuk skuad ‘depth’ JDT musim depan,” katanya.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More