PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko untuk terus menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi sulung Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata, keadaan padang di stadium itu dijangka tidak sempat diperbaiki dalam tempoh kurang sebulan selepas mengalami kerosakan ketika Pestabola Merdeka 2023 baru-baru ini.
Menurutnya, FAM perlu membuat keputusan segera mengubah venue perlawanan sekalipun jika mendapat jaminan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Stadium Nasional Bukit Jalil sedia menjadi gelanggang aksi tersebut.
“Jaminan yang diberikan PSM sebelum ini menjadi bukti bahawa rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil itu tidak matang lagi untuk digunakan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan lagi.
“Jangan malukan negara kita bukan sebab kita kalah tetapi aspek penganjuran dipertikaikan. Nasihat saya, FAM jangan sabotaj diri sendiri dengan pendekatan ambil risiko bermain di stadium itu lagi.
“Para penyokong sudah tentu mahu melihat permainan pasukan negara atas permukaan padang yang baik bukan nak tengok permukaan padang yang teruk,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Sebelum ini, FAM mengesahkan aksi menentang Kyrgyzstan itu akan kekal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil walaupun permukaan padang mengalami kerosakan ketika aksi Pestabola Merdeka baru-baru ini.
Malah, Sukan Sinar turut melaporkan saranan daripada penganalisis sukan, Azlan Johar yang melihat Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue terbaik untuk aksi antara Malaysia dan Kyrgyzstan.
Mengulas lanjut, Mohd Sadek berkata, FAM turut perlu mengetepikan tanggapan bahawa kurangnya sambutan daripada penyokong yang akan diterima sekiranya Harimau Malaya bermain di venue lain.
“Apa lagi pilihan yang ada? Kita kena realistik pada ketika ini stadium yang terbaik ialah Stadium Sultan Ibrahim dan itu venue yang perlu kita gunakan sehingga SNBJ benar-benar bersedia.
“Keputusan FAM pada ketika ini akan menjadi perkara penting bukan sahaja kepada maruah negara ketika perlawa-nan, tetapi juga kepada permukaan padang SNBJ yang kita tahu memerlukan masa untuk tumbuh sempurna,” ujarnya.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More