sukan

Statistik Salah memang gila

Statistik jaringan kapten Mesir Mohamed Salah dianggap ‘gila’ oleh pengurus Liverpool FC Jurgen Klopp.

Ia selepas pemain sayap sensasi itu meledak dua gol ketika Reds membenam Everton FC 2-0 dalam aksi ‘derby’ Merseyside Sabtu lalu.

Salah kini mengumpul 201 jaringan liga sepanjang kariernya (142 dengan Liverpool dalam 227 perlawanan) dan turut menjaringkan gol untuk Chelsea FC, ACF Fiorentina, AS Roma, FC Basel serta Al Mokawloon Al Arab.

“Tengok, apa yang sangat suka dengan Mo…mungkin paling suka dengan angkanya,” kata Jurgen Klopp dalam laman sesawang kelab.

“Tetapi saya fikir Mo Salah beraksi dengan fantastik untuk kami dalam banyak perlawanan. Perlawanan semalam mungkin yang terbaik untuknya tetapi dia tetap klinikal dengan penalti.

“Kemudian dia kekal dalam situasi itu dan ia mungkin kualiti terbesarnya, saya sukakan itu. Kami perlukan seseorang yang boleh membawa bola melepasi garisan gol dan dia sekali lagi melakukannya,” kata Klopp.

“Sangat mengagumkan, jumlah itu adalah gila. Dia tak akan berhenti, ia kebolehan semula jadi Salah dan kami gembira dengan statistik itu.”

sumber:- HM

Salah menjaringkan lapan gol dalam 11 perlawanan semua kejohanan untuk Liverpool musim ini.