sukan

Salah julang Liverpool

Mohamed Salah meledak dua gol seterusnya membantu kemenangan 2-0 Liverpool mengatasi Everton yang bermain 10 orang dalam aksi tertangga Merseyside dekat Anfield selepas Ashley Young dibuang padang pada babak pertama.

Salah menjaringkan penalti mengatasi penjaga gol Everton, Jordan Pickford untuk memecah kebuntuan pada minit ke-75 selepas Michael Keane dihukum kerana tangannya terkena bola.

Penyerang Mesir itu kemudiannya menggandakan kelebihan Liverpool pada tambahan masa.

Skuad Juergen Klopp kini berada di persada liga dengan 20 manakala Everton ke-16.

sumber:- BH

Skuad kendalian Sean Dyche yang hanya menang sekali dalam 29 pertemuan terakhir menentang Liverpool, berjaya mengekang asakan pada sebahagian besar aksi berikutan Young dibuang padang pada minit ke-37 kerana kad kuning kedua selepas mengasari Luis Diaz. – REUTERS