Keserasian yang dipamerkan oleh Arif Aiman, Faisal Halim dan Akhyar Rashid perlu dikekalkan dalam perlawanan seterusnya selepas mereka mempamerkan permainan sangat baik.
Bekas jurulatih berpengalaman negara, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, mereka bertiga sudah menunjukkan satu permainan yang baik serta memahami antara satu sama lain sehingga mampu mencipta gerakan bahaya untuk mendapatkan jaringan.
“Kita tengok ketiga-tiga pemain muda ini ada keserasian, bagi saya satu petanda positif juga kerana mereka ini orang muda lagi.
“Apabila mereka boleh pamerkan permainan dalam peringkat antarabangsa kira alhamdulillah,” katanya kepada Arena Metro.
Percubaan menggunakan mereka bertiga ketika berhadapan India sangat memberi impak di bahagian hadapan apabila Faisal Halim dan Arif Aiman mencetak nama selaku penjaring dan gerakan dari Akhyar pula mengucar-kacirkan pertahanan lawan.
Selain itu, Azrai turut berharap barisan hadapan akan lebih tajam untuk mendapatkan jaringan dan tidak mensia-siakan deretan peluang yang hadir.
Ujarnya, permainan Malaysia ketika aksi final menentang Tajikistan sudah cukup baik dari segi statistik namun tidak berjaya untuk mendapatkan jaringan.
“Pemain perlu lebih tajam di hadapan gol agar peluang yang hadir itu dapat dapat dijaringkan gol.
“Ketiadaan Paulo Josue juga dirasai kerana pemain ini pakar dalam situasi bola mati. Seperti perlawanan malam itu, terdapat beberapa situasi bola mati tapi tidak digunakan dengan baik,” katanya.
sumber:- HM
Terdahulu, Malaysia menamatkan saingan Pestabola Merdeka selaku naib juara selepas tewas kepada Tajikistan 0-2 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu.
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More
MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More
Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More