Bintang bola sepak, Neymar mengalami kecederaan koyak ligamen serta meniskus di lutut kirinya dan perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan semasa Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay, kata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF), hari ini.
Pemain berusia 31 tahun itu, yang menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal dari Paris Saint-Germain (PSG) pada Ogos lalu, dilihat menangis ketika diusung keluar sejurus sebelum berakhir babak pertama pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Montevideo, semalam.
Neymar akan menjalani pembedahan susulan kecederaan itu pada “tarikh yang belum ditetapkan,” kata CBF, selepas beberapa siri pemeriksaan perubatan ke atas pemain itu di Sao Paulo.
“Rakyat Brazil dan bola sepak dunia berharap Neymar kembali sihat dan pulih, kerana bola sepak lebih bermakna apabila dia berada di atas padang,” kata Presiden CBF, Ednaldo Rodrigues dalam satu kenyataan.
CBF berkata jabatan perubatannya dan Al Hilal berada sentiasa berhubung dalam membantu penyerang itu untuk pulih semula.
Neymar, yang memintas Pele selaku penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Brazil bulan lalu, mengalami kecederaan itu ketika bertembung dengan pemain tengah Uruguay, Nicolas de la Cruz pada hujung separuh masa pertama.
Dibawa dengan pengusung, dia meninggalkan stadium dengan bertongkat dan memakai pendakap kaki selepas tamat perlawanan.
Ia adalah kecederaan terbaru dialami pemain berstatus bintang itu, yang menjalani pembedahan pada Mac lalu kerana kecederaan buku lali sehingga menyebabkannya tidak dapat beraksi selama enam bulan.
sumber:- HM
Masalah kecergasan membayangi Neymar sepanjang enam musim di PSG, yang menandatanganinya dengan rekod dunia AS$234 juta (RM1.11 bilion) pada 2017.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More