sukan

JDT guna rumput hybrid

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempertingkatkan fasiliti mereka bagi memastikan kemudahan yang ada berada pada tahap paling optimum.

Terbaharu, menerusi kenyataan rasmi di Facebook JDT, mereka berkongsi keadaan terkini padang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan ia adalah jenis hybrid yang pertama di Malaysia.

“Padang jenis hybrid yang baharu sedang di pasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin.

“Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua fasiliti milik JDT. Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia,” katanya.

Dengan perubahan ini jelas menunjukkan JDT sentiasa inginkan yang terbaik untuk pasukan mereka agar setiap pemain dapat menjalani latihan dengan keadaan lebih selesa.

Terdahulu, ketika perlawanan Liga Perdana antara JDT II menentang Kelantan pada 2022 yang berkesudahan tuan rumah tewas 1-2 mengundang kritikan berkenaan padang Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Pihak pengurusan tidak menungu lama apabila hanya tiga hari selepas isu padang menjadi perhatian peminat bola sepak di Malaysia, mereka terus mengambi keputusan untuk menukar dan menaik taraf padang itu.

sumber:- HM

JDT terus mengorak langkah dan selepas stadium berkenaan, Stadium Pasir Gudang turut akan dinaik taraf untuk memastikan padang d stadium itu juga berada pada tahap terbaik.