Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak perlu menunggu 45 minit untuk ‘koyak’ apabila hanya mengambil masa 30 saat sebelum terdapat rumput sudah tercabut pada perlawanan final Pestabola Merdeka antara Malaysia menentang Tajikistan.
Namun, pada aksi final kali ini, padang yang koyak tidaklah nampak ketara berbanding pada perlawanan Jumaat lalu namun situasi terbabit sebenarnya boleh menganggu pergerakan pemain kedua-dua pasukan.
Walaupun, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah optimum dengan memperbaiki padang SNBJ dalam tempoh tiga hari namun jelas sekali ia tidak mampu menghalang untuk rumput di venue terbabit koyak.
Malah, padang yang rosak itu juga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain kedua-dua pasukan selain turut merencatkan perancangan untuk memburu gol.
Sebelum itu, PSM memberi jaminan padang SNBJ sudah bersedia untuk menganjurkan final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang Tajikistan, malam ini.
PSM menerusi satu kenyataan menjelaskan penilaian teknikal yang menyeluruh ke atas padang di SNBJ sudah dijalankan oleh perunding Zeon Zoysia menerusi perbincangan yang berlangsung dengan pihak terbabit.
Sebagai rekod, kualiti padang di SNBJ yang baru selesai dinaik taraf mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023, Jumaat lalu.
sumber:- HM
Aksi membabitkan pertembungan Malaysia dan India itu adalah perlawanan pertama yang berlangsung di stadium itu selepas ia ditutup bagi kerja naik taraf.
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum… Read More
Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar… Read More
Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan… Read More
Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon… Read More
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan… Read More
Juara dua kali Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, mendedahkan bagaimana dia beralih kepada bola keranjang untuk… Read More