sukan

Pan Gon buktikan ranking dunia hanyalah nombor

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berjaya membuktikan bahawa ranking dunia hanyalah nombor namun bukanlah menggambarkan keseluruhan prestasi pasukan apabila bertemu lawan lebih hebat.

Pan-gon berkata, skuad Harimau Malaya berada di kedudukan 134 dunia namun mampu menumbangkan pasukan di ranking lebih baik sekali gus memberi isyarat jelas bahawa prestasi Malaysia semakin meningkat.

“Setiap perlawanan kita tidak boleh cepat berpuas hati. Seperti perlawanan sebelum ini berjaya menjaringkan empat gol cantik ketika menentang India yang berada di kedudukan 102 dunia.

“Hanya melepaskan dua gol dengan kedudukan kita 134 dunia sudah tentu secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi Harimau Malaya.

“Saya mengambil perkara positif dan negatif untuk setiap perlawanan seterusnya memperbetulkan kelemahan itu. Selepas ini, kita akan lawan Tajikistan yang berada di ranking 111 dunia dan berharap dapat capai keputusan positif,” katanya.

Sebelum itu, skuad Harimau Malaya berjaya menempah slot final Pestabola Merdeka 2023 selepas menundukkan India 4-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat lalu.

Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata, beliau melakukan beberapa perubahan taktikal pada setiap perlawanan termasuklah meletakkan tiga pemain di bahagian serangan pada aksi menentang India, baru-baru ini.

“Kita menukar modul perlawanan setiap masa. Saya mahu menggunakan kekuatan yang kita ada dan Malaysia mempunyai pemain laju.

“Perlawanan menentang India, kita meletakkan tiga pemain di bahagian serangan dan saya positif untuk perkara itu terutamanya pada separuh masa pertama kerana boleh mencipta lima atau enam gol lagi.

sumber:- HM

“Sudah tentu ada risiko namun kita memerlukan kekuatan fizikal dan keupayaan optimum pemain kerana setiap perkara dikira supaya mampu mencipta keputusan positif,” katanya.

Recent Posts

Futsal Indonesia dicemari aksi kung fuFutsal Indonesia dicemari aksi kung fu
  • sukan

Futsal Indonesia dicemari aksi kung fu

GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More

26 minutes ago
Siapa sangka JDT ada 2 Arif AimanSiapa sangka JDT ada 2 Arif Aiman
  • sukan

Siapa sangka JDT ada 2 Arif Aiman

Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More

1 hour ago
  • sukan

Terpanggil betulkan sentimen, Vietnam pertahan Harimau Malaya

Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More

3 hours ago
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

13 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

13 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

15 hours ago