sukan

Ng Tze Yong cemerlang ke Final

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terus mengejutkan pemain pilihan kejohanan apabila kali ini Kanta Tsuneyama dari Jepun pula menjadi mangsa terbaharunya di separuh akhir Terbuka Arctic, Finland sebentar tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu tidak menghadapi kesukaran untuk menewaskan pilihan ketujuh kejohanan itu 21-12, 21-16 sekali gus membuka ‘catatan buku’ pertama di pentas final.

Tze Yong tidak menghadapi masalah apabila hanya memerlukan 46 minit untuk menunjukkan jalan keluar kepada wakil Jepun itu.

Kemenangan itu menyaksikan Tze Yong melebarkan rekod kemenangan ke atas Tsuneyama selepas tiga pertemuan yang kesemuanya memihak kepada pemain muda negara.

Menantinya di final nanti sama ada rakan senegara, Lee Zii Jia atau pemain Denmark, Anders Antonsen yang akan turun sebentar lagi.

Sementara perjuangan beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei terhenti di separuh akhir selepas tewas 21-17, 13-21, 14-21 kepada Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin dari China.

sumber:- BH

Meskipun menang set pertama namun mereka gagal mengekang kebangkitan lawan untuk memenangi set kedua dan ketiga.