sukan

Komen Pengendali India aksi berdepan skuad Pan Gon

Pengendali pasukan India, Igor Stimac mengakui skuad Harimau Malaya memiliki peluang lebih besar untuk menewaskannya apabila bakal mendapat sokongan ‘pemain ke-12’, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.

Katanya, walaupun skuad The Blue Tigers menduduki ranking lebih baik di tangga 102 berbanding Malaysia di 134 dunia, namun sokongan padu penyokong di SNBJ dilihat sebagai motivasi tambahan yang mampu menjerat anak buahnya.

Namun begitu, beliau yakin pemainnya mampu membuat kejutan sekali gus mara ke pentas final saingan Pestabola Merdeka pada Selasa depan, di mana Tajikistan menanti selepas meraih ‘bye’ susulan penarikan diri Palestin.

“Saya boleh katakan peluang lebih memihak kepada Malaysia kerana perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang mereka.

“Anda tidak boleh tewas di tempat sendiri, tetapi kami ke sini untuk kejutkan anda,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Menurut Stimac lagi, skuad negara yang dikendali Kim Pan-gon sudah menunjukkan peningkatan cukup baik dan ia terbukti ketika Malaysia mengikat China pada aksi persahabatan antarabangsa di Chengu, bulan lalu.

“Kami membuat analisis permainan Malaysia termasuk ketika menentang China, mereka bermain dengan bagus dan kali ini mereka akan mendapat sokongan daripada penyokong sendiri.

sumber:- HM

“Kami sangat gembira menyertai Pestabola Merdeka dan kami tahu bagaimana sejarah kejohanan ini. Harapan saya sentiasa tinggi, saya mahu semua pemain memberikan segala-galanya di atas pada apabila menyarung jersi skuad kebangsaan,” katanya.

Recent Posts

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New ZealandTERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

5 hours ago
Peringatan tegas kepada pemainPeringatan tegas kepada pemain
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

6 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

7 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

9 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

10 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

11 hours ago