sukan

Beregu muda negara cipta kejutan besar

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama apabila tewas kepada beregu muda senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-11 21-18 di Terbuka Arctic, di Finland awal pagi tadi.

Wei Chong-Kai Wun hanya memerlukan 26 minit sahaja untuk mencatat kemenangan straight set bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua bertemu pasangan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi.

Aaron-Wooi Yik adalah pilihan kedua kejohanan kelihatan agak penat dan tidak bermain seperti permainan mereka sebelum ini.

Peluang pasangan muda negara meneruskan kemaraan ke suku akhir dilihat agak cerah apabila mereka berada di ranking 23 dunia berbanding lawan di ranking 27 dunia.

Untuk rekod, mereka hanya pernah bertemu sekali sahaja sebelum ini tetapi memihak kepada pasangan Jepun itu.

sumber:- HM

Pemain utama negara seperti Lee Zii Jia, Pearly Tan-M Thinaah, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beberapa pemain lain tiada masalah untuk meneruskan perjuangan ke pusingan kedua hari ini.