sukan

“Ini gila, memang gila” — Jojo

“Ini gila, memang gila, bulan hadapan saya baru berusia 17 tahun tapi saya terima kontrak One Championship sebelum saya dapat lesen memandu. Ini sangat gila kawan, sangat gila,” kata jaguh remaja muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.

Jojo berjaya menewaskan lawan dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam acara ONE Friday Figh telah membuka mata banyak pihak.

Dengan kecemerlangan ditampilkan atlet kelahiran Kuching, Sarawak, ONE Championship memberikan kontrak bernilai AS$100,000 (RM473,507) kepadanya.

“Sejujurnya ia mengenai masa dan saya sudah bersedia. Dari dulu saya mula, ini impian saya, ini bukan pengakhiran tapi ini permulaan,” katanya.

Namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana dia perlu berusaha sehingga berada di tahap sekarang dan segala pengorbanan ternyata sangat berbaloi.

Nama Jojo semakin mekar dan dikenali ramai selepas menampilkan beberapa aksi terbaik termasuk kemenangan ‘KO’ ke atas jaguh Thailand, Padetsuk Fairtex dalam pertarungan Flyweight Muay Thai dalam masa 16 saat sahaja.

sumber:- HM

Anak kepada SAC Zulfikar Mohd Ghazali mempunyai rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya dalam kejohanan tersebut.