sukan

Tiada masalah beraksi bersama ‘abang’

Pemilihan pemain muda untuk mengharungi kejohanan Pestabola Merdeka bermula 13 Oktober ini bertujuan memastikan pasukan mempunyai keseimbangan membabitkan peringkat umur dan taktikal yang bakal diterapkan kelak.

Walaupun, skuad Harimau Malaya mempunyai pemain senior berkualiti namun bagi pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, keputusan menyenaraikan ‘ubi muda’ supaya mereka dapat menimba pengalaman untuk dimanfaatkan pada masa akan datang.

Beliau berkata, pemain muda seperti tonggak Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi dan pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad dilihat tidak berhadapan masalah untuk beraksi bersama ‘abang’ sekali gus kehadiran mereka mampu memberi nilai tambah dalam usaha membentuk skuad Harimau Malaya yang mantap.

“Kita mempunyai ramai pemain muda berbakat seperti Mukhairi dan Azam. Mereka sememangnya boleh bersaing dengan pemain senior yang berada dalam skuad kebangsaan.

“Pada masa sama, skuad Harimau Malaya perlu pemain di semua peringkat umur iaitu di pertengahan seperti Safawi Rasid dan berusia 30-an seterusnya pemain muda.

“Skuad Harimau Malaya memerlukan keseimbangan dalam setiap peringkat umur sekali gus bagus untuk pemain muda menimba ilmu dan pengalaman kerana mereka selepas ini pula akan beraksi bersama pasukan senior,” katanya.

Mengikut rekod, kem latihan sebagai persiapan mengharungi Kejohanan Pestabola Merdeka menyaksikan Pan-gon menyenaraikan sekurang-kurangnya empat pemain muda berusia bawah 23 tahun terdiri daripada Arif Aiman, Nooa Laine, Mukhairi dan Azam Azmi.

sumber:- HM

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober itu menjadi platform untuk membuat persiapan terbaik menjelang Piala Asia di Qatar Januari tahun depan.

Recent Posts

  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

1 hour ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

2 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

2 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

3 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

3 hours ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

4 hours ago