sukan

Sah CEO baru TFC

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang baharu sah menjadi milik Mohd Sabri Abas yang dilantik mulai hari ini.

Bekas Ketua Pegawai Operasi TFC itu ‘dinaikkan pangkat’ selepas kerusi itu dikosongkan bekas penyandangnya, Ab Rasid Jusoh yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) berkuat kuasa mulai 1 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan rasmi kelab berkenaan hari ini, keputusan itu dibuat secara rasmi dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd petang semalam.

“Kami daripada seluruh keluarga besar Terengganu Football Club ingin mengucapkan tahniah buat Mohd Sabri atas pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) yang baharu.

“Keputusan pelantikan itu dibuat secara rasmi dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd kali ke-3 2023 pada petang semalam dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.

“Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd adalah antara individu yang banyak menyumbang dalam perkembangan kelab ini sejak berkhidmat bermula bermula 2020.

“Dengan mengambil kira dalam pelbagai aspek pengurusan khususnya, Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd melihat kredibiliti serta pengalaman yang dimiliki oleh beliau menjadikannya sebagai calon terbaik untuk meneraju TFC Sdn Bhd yang baharu,” katanya kenyataanm berkenaan.

sumber:- BH

Terdahulu jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang sebelum ini disandang Menteri Besar Terengganu juga bertukar tangan selepas Hishamuddin dilantik mengetuai badan induk bola sepak negeri Terengganu bermula semalam.