sukan

Sah angkat kaki

Selepas kira-kira empat bulan menyepi, pemain import Sabah FC, Jailton Paraiba, hari ini mengumumkan meninggalkan skuad Sang Badak yang disertainya sejak permulaan musim, awal tahun ini.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagramnya hari ini, pemain berasal dari Brazil itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai punca beliau meninggalkan Sabah FC.

Jailton juga tidak berkongsi perkara yang berlaku hingga beliau tidak lagi dimasukkan dalam senarai pemain pasukan setiap kali ada perlawanan membabitkan Sabah FC sejak beberapa bulan lalu.

Kelibatnya tidak kelihatan dalam mana-mana perlawanan atau latihan pasukan sejak akhir Jun lalu hingga menimbulkan spekulasi mengatakan bahawa beliau menamatkan kontrak lebih awal dan sudah pulang ke Brazil.

Bagaimanapun, pada Julai lalu Jailton tampil membuat pencerahan melalui laman Instagram beliau mengatakan dirinya diletakkan sebagai pemain simpanan dalam pasukan Bawah 23 (B-23) Sabah FC.

Sementara itu, dalam perkongsiannya di laman Instgram hari ini, pemain sayap berumur 32 tahun itu meluahkan rasa syukur dan terharu kepada peminat dan pemain Sabah FC sepanjang bersama skuad Sang Badak.

“Perjalanan yang kita lalui bersama dalam kelab bola sepak ini penuh dengan saat yang tidak boleh dilupakan, semangat dan sokongan tidak berbelah bahagi.

“Dengan rasa sedih dan harapan yang bercampur baur, saya mengumumkan keberangkatan saya dari kelab ini. Ini adalah tahun dedikasi, keringat dan cinta kepada pasukan dan saya berbangga mendapat peluang memakai baju ini (baju Sabah FC) dan mewakili anda semua di padang,” katanya.

Beliau kemudian menyatakan terima kasih kepada penyokong Sabah FC yang disifatkannya sebagai pemberi semangat kepada pasukan.

Katanya, walaupun meninggalkan Sabah FC, beliau akan sentiasa mengingati hubungan yang terbina sepanjang berada dalam pasukan berkenaan.

“Saya meninggalkan kelab ini dengan satu pencapaian kerana saya tahu saya sudah memberikan yang terbaik dalam setiap permainan dan bangga mewakili warna yang anda sayangi.

“Saya akan menjadikan setiap detik tinggal di sini sebagai memori berharga dan sumber inspirasi saya untuk cabaran yang mendatang,” katanya.

Sepanjang bersama Sabah FC, Jailton sempat bermain dalam 14 perlawanan Liga Super dengan yang terakhir ketika Sabah FC menentang PDRM FC pada 8 Jun lalu.

sumber:- HM

Pada 2 Jun lalu, Jailton dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas mengalami kecederaan ketika Sabah menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Alor Setar.

Recent Posts

  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

36 minutes ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

2 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

2 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

4 hours ago
  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More

5 hours ago