sukan

Kuching City ikat PDRM

PDRM FC gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas diikat 1-1 oleh Kuching City FC pada aksi tunggal Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Walaupun menguasai separuh masa pertama, namun ‘The Cops’ jelas buntu menembusi kubu pertahanan pelawat sebelum percubaan lambung penyerang dari Nigeria, Uche Agba memecah kebuntuan pada minit ke-45.

Jaringan tersebut langsung tidak mematahkan semangat Kuching City untuk kembali berada dalam permainan dan hasilnya penyerang kelahiran Liberia, Abu Kamara berjaya menyamakan kedudukan selepas menyambut hantaran silang pemain gantian, Zahrul Nizwan Joe Kifli pada minit ke-58.

Pelawat yang meningkatkan ancaman ke kubu PDRM FC hampir berada di depan namun aksi tangkas penjaga gol tuan rumah, Mohamad Ramdhan Ab Hamid, menafikan dua percubaan masing-masing oleh penyerang dari Timor Leste, Pedro Henrique, pada minit ke-59 disusuli tolakan Kamara pada minit ke-65.

Pasukan dari Sarawak itu sekali lagi nyaris pulang dengan tiga mata sebelum tandukan pemain tengah dari Jepun, Yuki Tanigawa, sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol PDRM FC pada minit ke-81.

sumber:- SH

Keputusan seri tersebut menyaksikan PDRM FC kekal di tangga kelapan dengan 28 mata.Kuching City pula yang masih gagal menamatkan kemarau 21 perlawanan tanpa kemenangan memintas Kelantan FC dan naik satu anak tangga untuk berada di tempat ke-13 dengan lapan mata. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

6 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

7 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

8 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

9 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

10 hours ago