Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta berkata kemenangan pertama mereka ke atas penyandang juara, Manchester City dalam tempoh lapan tahun adalah satu mesej kepada anak buahnya bahawa mereka mesti terus percaya kepada diri sendiri.
The Gunners tidak menikmati kemenangan liga ke atas City dalam 15 perlawanan, selepas tewas 12 kali berturut-turut sebelum pertembungan pagi tadi di Emirates membabitkan dua pasukan yang bersaing untuk kejuaraan musim lalu.
Selepas perlawanan yang sengit, pemain gantian Gabriel Martinelli menjaringkan gol pada lewat permainan untuk memastikan kemenangan 1-0 dan The Gunners berkongsi 20 mata dengan pendahulu liga seteru London, Tottenham Hotspur.
“Ia sudah tentu mesej kepada pasukan, bahawa mereka terus percaya dengan apa yang mereka lakukan,” kata Arteta.
“Mereka adalah kumpulan pemain yang hebat. Hari ini saya bangga.
“Pemain semua meraikan dan sangat gembira. Mereka sangat gembira. Saya rasa semua orang akan menghadapi perlawanan seterusnya menentang Chelsea di tempat lawan (pada 21 Oktober.) dengan emosi yang betul.
“Perasaan yang hebat, anda boleh rasa, sudah bertahun-tahun tidak mengalahkan mereka. Kami menewaskan pasukan terbaik di dunia dan dengan cara yang hebat. Terdapat beberapa saat kami terpaksa menderita.”
Arteta memberikan pujian khas kepada penjaring gol kemenangan, Martinelli, yang kembali daripada kecederaan, tatkala mereka kehilangan penyerang England, Bukayo Saka (cedera).
“Dia (Martinelli) berkata beberapa minggu sebelum ini akan beraksi menentang City, walaupun semua orang berkata ia terlalu cepat,” kata Arteta.
“Leo (Trossard) berkata selepas 30 minit bahawa dia merasakan ada kecederaan di bahagian hamstring dan dia (Martinelli) sudah bersedia dengan jersi dan berkata ‘bos, saya bersedia’.
“Dia sangat gembira kerana dia boleh mengubah permainan dengan mentaliti yang dia ada.”
sumber:- HM
City tergelincir di puncak liga selepas kalah kedua berturut-turut buat kali pertama sejak Disember 2018, tetapi pengurus Pep Guardiola menegaskan juara dalam lima daripada enam musim lalu boleh mendapat manfaat daripada melihat persaingan untuk perubahan.
Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More
Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More