Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo yakin dapat kembali beraksi menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman, 28 Oktober ini.
Pemain sayap Argentina berusia 24 tahun itu terlepas dua aksi bersama Sang Kenari akibat kecederaan buku lali.
“Saya yakin dapat kembali beraksi pada perlawanan seterusnya menentang Negeri Sembilan kerana masih memilki masa untuk kembali sembuh sepenuhnya sehingga hujung bulan ini.
“Saya sudah terlepas dua perlawanan sebelum ini dan pastinya tidak sabar untuk kembali beraksi membantu pasukan mencapai misi yang ditetapkan, jadi saya perlu lebih fokus mencapai tahap kecergasan terbaik,” katanya ketika hadir menjayakan program Hari Pelanggan Pos Malaysia, hari ini.
Hidalgo juga yakin penyokong setia Kedah masih teguh berdiri dikala Sang Kenari mengalami kesukaran bagi memastikan misi menduduki tempat kedua liga dapat dicapai.
“Saya yakin penyokong tetap setia memberi sokongan dan hadir ke stadium walaupun hanya berbaki empat lagi perlawanan.
“Kami kekal positif selepas kekalahan di saingan Piala Cabaran apabila tewas kepada Kuching City minggu lalu dan kini masanya untuk kembali fokus meraih tangga kedua liga bagi kelayakan Piala AFC musim depan,” katanya.
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More
Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More
Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More