Cabaran beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam Sukan Asia Hangzhou 2022, tamat di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada lawan dari India di Gimnasium Binjiang sebentar tadi.
Gandingan negara itu dipaksa berhempas pulas ketika menewaskan wakil tuan rumah, Liu Yuchen-Ou Xuanyi, dalam aksi suku akhir selama sejam 21 minit semalam dan hari ini, mereka kelihatan kelesuan dalam memburu tempat ke final.
Berdepan Satwiks Sairaj Rankireddy-Chirag Shetty, Aaron dan Wooi Yik, yang mempamerkan aksi meyakinkan pada awal permainan, mula kehilangan rentak menuju ke pertengahan saingan sebelum tewas 17-21 dalam set pertama.
Tidak banyak dapat dilakukan mereka dalam set berikutnya untuk akur membenarkan lawan ke final dengan kekalahan 12-21.
sumber:- SA
Biarpun gagal ke final, Aaron dan Wooi Yik setidak-tidaknya memastikan skuad badminton negara tidak pulang dengan tangan kosong menerusi pingat gangsa yang diraih mereka susulan layak ke separuh akhir.