Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera menyalahkan ketiadaan penyerang yang baik dalam pasukannya menjadi punca The Red Warriors (TRW) tewas 0-4 kepada Kelantan United FC (KUFC) dalam aksi suku akhir kedua Piala Cabaran, semalam.
Bekas pengendali Persita Tangerang itu menjelaskan ketiadaan penyerang yang mampu meledak jaringan menyukarkan pasukannya dengan skuad itu dibarisi ramai pemain muda.
Katanya, barisan pemain muda yang dimiliki belum cukup matang serta kurang keberanian selain tiada komunikasi yang baik di dalam padang.
“Kmai sedar yang kami tidak mempunyai pasukan yang kompetitif dalam saingan liga sekarang. Pemain muda masih boleh dipakai, mereka mungkin perlu dapatkan pengalaman lagi untuk kami seimbangkan dengan pasukan lain.
“Keadaan padang mungkin menganggu kedua-dua pasukan yang mana kami tidak boleh bermain dengan baik. Namun, kami tidak boleh terlalu beralasan dan kami perlu harungi setiap apa yang terjadi ketika kami juga tidka mempunyai ramai pemain,” katanya.
Kekalahan di Stadium Sultan Muhammad IV itu menyaksikan KUFC mara ke separuh dengan agregat 11-0 selepas turut memenangi aksi pertama 7-0.
Sementara itu, pengendali KUFC, Ailton Silva menyifatkan kemenangan pasukannya adalah hasil semangat juang tinggi yang dipamerkan pemain sepanjang 90 permainan.
Katanya, dia gembira kerana kebanyakan pemain yang diturunkan dalam perlawanan itu adalah pemain simpanan yang menggantikan pemain utama.
sumber:- BH
“Setiap orang menjalani latihan yang keras, saya beri latihan yang sama kepada semua pemain. Mereka (pemain simpanan) menunjukkan bahawa mereka boleh bermain dan membantu pasukan,” katanya.
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai… Read More
JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More
GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More
Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More
Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More