sukan

Saya sudah cuba yang terbaik — Zii Jia

Lee Zii Jia hilang kata-kata selepas ditunjukkan jalan keluar oleh wakil India, HS Prannoy, dalam suku akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.

“Seperti yang sering saya katakan, saya sudah cuba yang terbaik tetapi inilah keputusannya.”Saya sudah cuba segalanya dan inilah keputusannya.

“”Saa tidak tahu apa yang berlaku. sya sudah cuba yang terbaik,” katanya sejurus kekalahannya.Dalam set pertama di Gimnasium Binjiang itu, aksi bermula seimbang dengan Zii Jia terlebih dahulu memimpin sambil diuji dengan kesungguhan lawannya.

Keresahan Zii Jia itu dihidu Prannoy untuk mula memintas kedudukan dan mendominasi set pertama 21-16.Aksi lebih memukau tertumpu di penghujung set kedua, lebih-lebih lagi apabila Zii Jia bangkit menyamakan kedudukan 20-20, seterusnya menang 23-21.

Skrip lebih kurang sama berulang dalam set ketiga dengan mata saling bertukar ganti untuk mata terikat 16-16 di sebalik kedua-dua keletihan selain kecederaan yang dialami Prannoy.

sumber:- SA

Akhirnya kekecewaan menyelubungi seluruh rakyat Malaysia apabila Zii Jia yng terpaksa akur dengan kekalahan tipis 20-22 sekalipun sempat mengajak permainan ke babak dius.