sukan

Malang melanda Pearly Tan di Suku Akhir

Kecederaan yang dialami Pearly Tan memaksa dia dan pasangannya, M. Thinaah, akur terkandas dalam suku akhir acara badminton beregu campuran Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila tewas kepada gandingan pilihan kedua dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, di Gimnasium Binjiang sebentar tadi.

Pearly dan Thinaah pada awalnya mempamerkan aksi cemerlang untuk memenangi set pertama 21-15.Bagaimanapun, rentak sama tidak dapat dikekalkan pasangan negara itu sebelum tewas 11-21 dalam set kedua, sekali gus membenarkan lawan mengheret perlawanan ke aksi penentuan.

sumber:- SA

Ketika beregu wanita nombor satu negara itu cuba mendapatkan kembali rentak terbaik mereka, Pearly kelihatan terpaksa menerima rawatan kecederaan belakang di tepi gelanggang dan selepas itu, tidak banyak dapat dilakukan mereka untuk akur melepaskan slot ke separuh akhir dengan kekalahan 7-21 selepas bertarung selama 85 minit.