sukan

Zii Jia bangkit Lunas Dendam

Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.Pada pusingan pertama perseorangan lelaki hari ini, pemain berusia 25 tahun itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menundukkan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long 15-21, 21-15, 21-16.

Kemenangan itu satu lonjakan semangat buat Zii Jia, yang kalah dalam semua empat pertembungan dengan Angus sebelum ini.

Menantinya pada pusingan kedua pemain Timor Leste, Maurinho Gusmao de Jesus.Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, turut melangkah ke pusingan kedua selepas menyingkirkan gandingan Singapura, Andy Kwek-Crystal Wong 21-17, 21-13 di Gimnasium Binjiang.

sumber:- BH

Beregu nombor sembilan dunia itu akan bertemu pemenang antara pasangan India, K Sai Praneeth-Tanisha Crasto dan beregu Macau, Leong Iok Chong-Weng Chi Ng.