Misi tiga mata Sri Pahang FC menjadi kenyataan selepas menewaskan Kuching City FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Namun, kemenangan skuad Tok Gajah itu diberi tentangan sengit yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada babak pertama sebelum tuan rumah menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua.
Pada perlawanan itu, Sri Pahang bermula garang apabila membuk tirai jaringan menerusi penalti yang disempurnakan Stefano Brundo pada minit ke-12 selepas penyerang, Rafael Silva dijatuhkan dalam kotak penalti.
Bagaimanapun, selang tiga minit kemudian, Kuching City menyamakan kedudukanmenerusi tandukan Pedro Henrique selepas menerima hantaran daripada kapten pasukan, Mohamad Alif Hassan.
Giliran Kuching City berada di depan selepas Abu Kamara meledak gol kedua pasukan itu pada minit ke-25 sebelum Kuvondik Ruziev menyamakan kedudukan buat Sri Pahang dua minit sebelum tamat babak pertama.
sumber:- BH
Bersambung babak kedua, skuad kendalian Fandi Ahmad menggandakan asakan ke kubu lawan dengan beberapa percubaan ke gawang Kuching City dan akhirnya Rafael memastikan tiga mata buat Sri Pahang apabila menjaringkan gol ketiga pasukan itu pada minit ke-62.