Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa memasang strategi berbeza apabila bakal beraksi tanpa empat tonggak utamanya ketika berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, di Cheras Sabtu ini.
Menurut pengendali, Nafuzi Zain, Manuel Hidalgo tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan kaki, manakala dua pemain lagi iaitu Ariff Farhan dan Kamil Akmal sedang melalui penggantungan, manakala J Partiban yang tidak dapat beraksi menentang bekas kelabnya.
“Persiapan kami terarah kepada beberapa pertukaran pemain kerana tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini seperti pemain import Manuel Hidalgo yang masih mengalami kecederaan, Arif Farhan dan Kamil Akmal menjalani penggantungan, dan Partiban yang tidak dapat diturunkan.
“Kami kehilangan empat pemain utama pada aksi kali ini dan sudah pasti ianya satu cabaran besar yang perlu kami hadapi untuk berdepan KL City yang merupakan antara pencabar semua pasukan buat masa ini dengan pencapaian mereka di pentas final Piala FA dan Separuh Akhir Piala Malaysia musim ini.
“Jadi kami perlu melihat pada penggantian pemain yang terbaik dan perlu terus fokus untuk memastikan kami dapat mengekalkan keupayaan pada setiap posisi berkenaan dalam usaha memburu tiga mata,” katanya.
Nafuzi juga berkata beliau berharap setiap pemain yang dipilih beraksi nanti perlu menggunakan peluang terbaik dalam usaha mencapai misi pasukan yang mahukan kemenangan di mana ketika ini KDA berada di tangga ketiga dengan 44 mata.
“Jadi dengan penggantian pemain yang akan menggalas cabaran nanti saya berharap mereka dapat tampil bersedia dengan aksi yang diharapkan untuk memastikan misi tiga mata penuh buat pasukan dapat dicapai.
sumber:- HM
“Kami mahukan tiga mata bagi memastikan sasaran kami untuk kedudukan kedua liga yang akan memberi laluan ke saingan Piala AFC pada musim depan,” katanya.