sukan

Sedia tanggung hukuman

Selangor FC sedia bertanggungjawab sekiranya siasatan pihak berwajib mendapati mereka bersalah berikutan insiden ke atas pengadil yang berlaku selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium MBPJ pada Ahad lalu.

Insiden melibatkan pertahanan Gergasi Merah, Yazan Al-Arab, menendang pengadil selain kelakukan beberapa kakitangan dan pegawai kelab yang memprovokasi pengadil perlawanan.

“Ini tuduhan yang berat. Sekiranya pihak berkuasa memunyai asas yang betul, sudah pasti kami perlu bertanggungjawab. “Biar pihak berkuasa yang bertanggungjawab benda-benda ini kongsikan kepada kami apa pendapat dan pandangan mereka (terlebih dahulu),” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Johan Kamal Hamidon.

Tambahnya, beberapa faktor keselamatan yang masih longgar di stadium terutama kawalan terhadap pengadil perlawanan akan ditingkatkan bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berulang, katanya ketika ditemui di majlis menandatangani perjanjian strategik antara Selangor dan syarikat elektronik, Khind, hari ini.

sumber:- SA

“Pada hari tersebut ada 15,000 penyokong yang hadir.”Kami utamakan mana yang perlu diberi keutamaan dan pada masa akan datang — berdasarkan maklum balas — kami akan tingkatkan apa yang patut,” katanya lagi.