Pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab mendakwa dia bertindak di luar kawalan hingga menyepak pengadil berikutan mengalami situasi sukar selepas mendapat perkhabaran sepupunya meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Pemain berasal dari Jordan itu berkata, dia menyedari tindakan terbabit agak keterlaluan hingga meletakkan pasukan dan rakannya dalam situasi sukar.
“Tiada kata-kata boleh gambarkan perasaan saya ketika ini. Saya mohon maaf atas tindakan saya dan akan jadikannya sebagai pembelajaran untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
“Saya mohon maaf kepada penyokong Red Giants. Ia terjadi kerana tekanan psikologi perlawanan dan kematian sepupu saya beberapa minggu lalu.
“Saya tahu ini bukan alasan untuk melakukan semua ini dan ini bukan karakter saya atau apa yang saya belajar dalam Islam,” katanya.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan Yazan bertindak di luar dugaan apabila menendang pengadil sebaik dia dilayangkan kad merah selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad lalu.
Difahamkan, kekecewaan Yazan itu mungkin disebabkan oleh rasa tidak puas hatinya terhadap mutu pengadilan.
sumber:- HM
Dalam aksi itu, skuad Red Giants terikat 1-1, sekali gus tersingkir secara agregat 1-3 yang Terengganu FC ()TFC) selepas menang 2-0 pada suku akhir pertama di Gong Badak.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More