Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul gelaran Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM FC 4-0 dalam aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Kejayaan itu turut menyaksikan JDT mencipta sejarah dalam kancah bola sepak negara apabila muncul satu-satunya kelab bola sepak yang muncul juara untuk 10 musim berturut-turut selepas kali pertama memenanginya pada 2014.
Malah, skuad bimbingan Esteban Solari turut melakar kejayaan `treble’ selepas menjulang trofi Piala Sumbangsih, Piala FA dan terkini kejuaraan liga.
JDT turut berpeluang mengulangi kejayaan `quadral’ musim lalu selepas turut mara ke separuh akhir Piala Malaysia.
Rentak kemenangan anak didik Solari yang mendominasi permainan begitu ketara apabila kerap mengasak ke kubu skuad kendalian Datuk Yunus Aliff sehingga benteng skuad `The Cops’ terpaksa bertungkus lumus mengekang asakan barisan serangan JDT yang diketuai kapten Bergson Da Silva, Heberty Fernandes dan Arif Aiman Hanapi.
Ketika aksi memasuki minit ke-36 Bergson terpaksa akur dengan keputusan pengadil, Fitri Maskon membatalkan jaringannya selepas Matthew Davies yang menyepak bola lintang dari posisi sayap kanan berada di posisi ofsaid.
Namun, itu tidak mematahkan semangat Bergson selang seminit kemudian selepas meledak gol buat JDT apabila menerima bola lorongan Afiq Fazail menewaskan Ramdhan untuk meletak skuad Harimau Selatan di depan.
Bagaikan melepas geram terhadap skuad The Cops yang beraksi secara berkampung, Harimau Selatan menggandakan jaringan pada minit ke-40 berpunca daripada bola umpanan Davies tepat kepada Juan Muniz yang merembat bola kencang menewaskan Ramdhan.
Bersambung babak kedua, PDRM FC hampir merapatkan jurang gol pada minit ke-49 selepas Fakhrul Azim Zulphatah berjaya merampas bola dari kaki Muniz dan pantas merembat bola leret tetapi penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sempat merebahkan badan menangkap bola kemas.
JDT menambah derita skuad The Cops pada minit ke-54 selepas Fitri tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas mengesan Izaaq Izhan Yuswadi menarik Arif Aiman di dalam kotak penalti dan Arif yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Ramdhan.
Tiada belas ihsan buat PDRM FC apabila anak didik Solari menjaringkan gol keempat perlawanan pada minit ke-57 berpunca daripada bola sepakan lambung Fernandes di kawasan tengah padang menyaksikan pemain gantian Fernando Forestieri melepasi
sumber:- BHperangkap ofsaid dan merembat bola leret tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan Ramdhan.
Keputusan itu menyaksikan JDT muncul juara liga selepas menang 4-0 ketika aksi berbaki empat perlawanan lagi musim ini.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More