sukan

Liverpool terus tekan Man City

Liverpool terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City apabila menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp membuka tirai jaringan menerusi Mohamed Salah yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-16, namun Jarrod Bowen berjaya menyamakan kedudukan buat West Ham ketika babak pertama berbaki tiga minit.

Darwin Nunez kembali meletakkan The Reds di depan dengan menyudahkan umpanan Alexis Mac Allister pada minit ke-60 sebelum Diogo Jota mengesahkan kemenangan pasukannya apabila meledak gol ketiga, lima minit sebelum berakhir masa sebenar.

sumber:- BH

Kemenangan kelima daripada enam perlawanan musim ini menyaksikan Liverpool mengumpul 16 mata, hanya dua mata di belakang Manchester City.