sukan

Aksi Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur tertangguh

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur (KL) FC di Stadium Darul Makmur petang ini, ditangguhkan seketika.

Difahamkan, aksi suku akhir kedua piala berprestij itu akan bermula pada jam 6 petang, berbanding jadual asal iaitu pada jam 5.30 petang.

Penangguhan itu berikutan keadaan padang yang ditakungi air di beberapa kawasan susulan hujan lebat pada jam 4 petang.

Namun, hujan yang sudah berhenti pada jam 5 petang mengelakkan kawasan padang bertambah buruk.Pada suku akhir pertama, KL City mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sri Pahang.

sumber:- BH

Justeru, Sri Pahang perlu mendapatkan jaringan awal sebagai motivasi untuk memberi tekanan kepada lawan.