sukan

Terkejut Khairul Fahmi jadi tukang masak

Siapa yang tidak mengenali bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih popular sebagai Apek yang dahulunya merupakan salah seorang penjaga gawang terbaik Asia Tenggara.

Pernah membantu pasukan Harimau Malaya menjuarai piala AFF Suzuki sebelum ini, malah beliau juga pernah menjadi pemain terpenting ketika pasukan Kelantan FA memenangi tiga kejuaran liga domestik termasuk juara Piala FA, juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia pada 2012 yang lalu.

Apek yang ketika ini telah berkelana ke kelab bola sepak Sabah FC selepas mengerah keringat untuk Melaka sebelum ini nampaknya prestasi terbaik sebelum ini sedikit merudum.

Namun, bukan disebabkan beliau sudah tidak sehebat dulu, maka telah beralih arah mencari rezeki lain dengan menjadi tukang masak.

Dengan dua keping gambar yang kini tular di laman sosial Facebook My Sabah, kelihatan anak jati Kota Bharu itu sedang memask di sebuah restoran di Sabah.

Difahamkan, restoran tersebut merupakan milik rakanya yang baru dibuka dan kedatangannya ke situ adalah ingin mempromosikan restoran tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut apabila melihat foto-foto tersebut dan menyangkakan Apek sudah beralih arah menjadi tukang masak.

“Terkejut saya, ingat Apek dah betul-betul jadi tukang masak selepas dia tidak bermain untuk Harimau Malaya lagi sekarang, mujur untuk promosi sahaja,” kata Jo Bangsar.

“Kalau betul dia jadi tukang masak pun saya rasa dia memang pandai memasak sebab dia ada keturunan Siam. Orang Pantai Timur kan pandai memasak, apa pun semoga Apek tetap berjaya dalam mana-mana bidang,” kata Shamsul Pahmi.