sukan

Jurgen Klopp lakar sejarah baharu

Selepas Jurgen Klopp muncul pengurus pertama Liverpool memenangi 50 perlawanan di Eropah awal pagi tadi beliau menegaskan “setiap orang akan membencinya.”

Klopp merombak keseluruhan pasukannya bagi aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Europa di gelanggang lawan menentang LASK dan di sebalik ketinggalan, Liverpool menang 3-1.

Kemenangan itu memecah perkongsian bagi kemenangan terbanyak Eropah bersama Rafael Benitez yang memenangi 49 perlawanan antara tahun 2004 dan 2010 dan seperti Klopp, mengemudi kelab itu memenangi Liga Juara-Juara.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool di puncak Kumpulan E yang turut disertai Union Saint-Gilloise dan Toulouse yang seri awal pagi tadi.

“Biar saya cakap begini, jika saya masih memegang rekod 50 selepas peringkat kumpulan, malah jika saya masih meraih kemenangan terbanyak di Eropah sebagai pengurus Liverpool maka setiap orang akan membencinya,” katanya.

“Ia bagus,” katanya. “Kami bermain banyak perlawanan di Eropah, tetapi bagus juga kami menang sebanyak itu dan kami sering kali layak ke final.

“Ia hebat, tetapi mungkin ia disebabkan pertandingan kini mempunyai lebih banyak perlawanan berbanding masa lalu.”

Bob Paisley, yang memenangi tiga Piala Eropah bersama Liverpool menang 39 perlawanan Eropah daripada 61.

Pengurus legenda Bill Shankly menang 34 daripada 65 perlawanan dan mengemudi kelab itu bagi trofi sulung mereka di Eropah: Piala UEFA pada 1973.

sumber:- BH

Perlawanan awal pagi tadi adalah aksi ke-82 Klopp bagi perlawanan Eropah di peringkat kelab. Benitez mengemudi kelab itu dalam 85 perlawanan. – AFP

Recent Posts

TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintangTERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang
  • sukan

TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai… Read More

13 minutes ago
Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh MalaysiaJurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia
  • sukan

Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia

JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More

55 minutes ago
  • sukan

Futsal Indonesia dicemari aksi kung fu

GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More

1 hour ago
  • sukan

Siapa sangka JDT ada 2 Arif Aiman

Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More

2 hours ago
  • sukan

Terpanggil betulkan sentimen, Vietnam pertahan Harimau Malaya

Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More

4 hours ago
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

14 hours ago