Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri Fernando Forestieri akan kembali memperkuatkan skuad utama Harimau Selatan selepas berehat panjang akibat kecederaan.
Ia selepas penyerang berusia 33 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama JDT II ketika menentang Perak II bagi aksi Liga Juara Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, semalam.
Forestieri yang juga penjaring terbanyak JDT dalam Liga Super musim ini beraksi 45 minit pada perlawanan itu dan ia dipercayai bagi meningkatkan tahap kecergasannya selepas dilaporkan berehat hampir dua bulan.
Pada aksi itu, JDT II meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan tunggal pemain kebangsaan, Safawi Rasid pada minit ketiga perlawanan.
Kehadiran semula Forestieri bersama skuad utama Harimau Selatan nanti dilihat bakal memberi ancaman besar kepada mesin gol Selangor, Ayron Del Valle dalam perebutan gelaran penjaring terbanyak Liga Super.
Ayron kini memimpin carta penjaring terbanyak Liga Super dengan meledak 21 gol, empat gol di depan Forestieri yang berada di kedudukan kedua.
Forestieri bersama seorang lagi tonggak JDT, Leandro Velazquez yang turut dibelenggu masalah kecederaan terlepas aksi sulung Liga Juara-Juara (ACL) berdepan kelab Jepun, Kawasaki Frontale, Selasa lalu yang menyaksikan Harimau Selatan tewas 0-1.
sumber:- BH
Bagaimanapun, perkembangan terbaharu Forestieri itu dijangka dia tersedia untuk aksi kedua Kumpulan I menentang kelab Thailand, BG Pathum United di gelanggang lawan, 3 Oktober ini.