sukan

JDT turun berhabis – habisan

Johor Darul Ta’zim (JDT) tekad untuk mengejutkan Kawasaki Frontale pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari enggan rekod pertemuan dahulu dimalukan 5-0 pada musim lalu berulang, malah mengingatkan setiap pemain untuk tampil dengan mentaliti yang berbeza dengan corak disiplin taktikal lebih ampuh.

“Kami akan turun bermain bermati-matian bagi melupakan apa yang berlaku pada musim lalu, aksi pertama ini menjadi ukuran sejauh mana pasukan mampu menempuh laluan berliku dalam kejohanan ACL ini.

“Jadi perlawanan ini, kita tidak boleh tersilap langkah, pastinya JDT tidak hanya akan bermain secara bertahan sebaliknya mengekalkan cara permainan JDT, iaitu cuba menguasai permainan dan melakukan serangan bertali arus bagi memburu gol awal,” katanya.

Skuad Harimau Selatan telah bersedia untuk kejohanan tersebut sejak sembilan bulan lalu dan para pemain telah menjalankan persiapan rapi menjelang aksi pembukaan ini.

Solari mengakui saingan ACL berbeza dengan aksi dalam liga tempatan setelah berdepan dengan pasukan yang terbaik di peringkat Asia dan corak permainan berintensi tinggi yang dipraktikkan selama ini akan membantu pasukan lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tambahnya, kehadiran semula Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo yang telah menjalani latihan bersama membuatkan pasukan itu bakal menambah taring bagi skuad berdepan pasukan dari Jepun itu.

“Forestieri mula menjalani latihan sejak tiga hari lalu, manakala Diogo sudah 10 hari bersama pasukan, saya perlu lihat tahap kecergasan mereka dahulu sebelum membuat keputusan sama ada menyenarai mereka dalam kesebelasan utama.

“Tidak dinafikan kelab dari Jepun itu sebuah kelab yang kuat kerana mereka bersaing di liga yang cukup kompetitif selain jurulatih mereka (Toru Oniki) sudah enam tahun membimbing Kawasaki Frontale dan mereka dilihat sebagai pasukan terkuat dalam Kumpulan I.

“Apa pun kami akan sahut cabaran untuk beri saingan dan berusaha untuk tingkatkan lagi kualiti permainan kerana ia berbeza apabila beraksi di pentas liga domestik selain perlu sentiasa beri tentangan kepada pasukan lawan,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

6 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

8 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

10 hours ago