sukan

Perlawanan lebih sukar bakal menanti

Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Nenad Bacina mengakui pasukannya akan melalui perlawanan lebih sukar pada pertemuan kedua suku akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur 24 September ini.

Pengendali berasal dari Croatia itu berkata, walaupun membawa bekalan satu gol apabila berkunjung ke Kuantan kelak, namun barisan anak buahnya perlu lebih fokus dan berhati-hati dengan corak permainan yang bakal ditampilkan skuad Tok Gajah.

Beliau berkata, barisan anak buahnya mempunyai banyak peluang terhidang untuk menambah gol namun penyudah yang tumpul sekali gus terpaksa berpuas hati dengan kemenangan 1-0 pada pertemuan pertama suku akhir Piala Malaysia malam tadi.

“Kita kena banyak lagi perbaiki corak permainan kerana Sri Pahang bukanlah pasukan yang mudah untuk ditundukkan lebih lagi apabila beraksi di tempat mereka.

“Saya tahu penyokong sudah pastinya mengharapkan kemenangan 4-0 atau 5-0 namun bekalan satu gol adalah petanda positif untuk kita meraih kejayaan pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan skuad The City Boys membawa bekalan tipis selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menentang Sri Pahang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Gol tuan rumah dijaringkan Romel Morales menerusi sepakan penalti selepas pertahanan Sri Pahang Syazwan Andik yang mengasari Paulo Josue pada minit ke-72.

Sementara itu, Bacina berkata, walaupun tonggak pertahanan KL City Kenny Pallraj tidak dapat beraksi pada pertemuan kedua selepas dilayangkan kad merah namun situasi terbabit tidak menggugat pasukan kerana mempunyai barisan pemain lain yang akan menggalas tanggungjawab itu.

sumber:- HM

“Kita mempunyai beberapa pemain lain yang boleh menggantikan posisi terbabit dan akan lebih bersedia mengharungi perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia minggu depan,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

14 minutes ago
  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

56 minutes ago
  • sukan

Facundo Garces membuat hantaran media sosial pertama mengenai Malaysia

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More

1 hour ago
  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

14 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

15 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

16 hours ago