sukan

Kedah sedia dakap piala

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus fokus memberi tumpuan untuk menghadapi aksi Piala Cabaran menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching Sarawak Selasa ini.

Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, selepas tersingkir dari saingan Piala Malaysia musim ini, impian Sang Kenari kini terletak pada saingan Piala Cabaran untuk memastikan impian menjulang piala dapat dicapai musim ini.

“Piala tetap piala…dan begitu juga matlamat kami sudah pasti adalah untuk merebut kemenangan piala itu dan tak kiralah sama ada piala apa sekalipun, kerana pastinya semua pasukan yang bersaing tetap mahu merebutnya.

“Bagi memastikan laluan mencapai kejuaraan, kita perlu kekalkan fokus dan mengelak sebarang kelalaian apabila bertemu Kuching City FC pada suku akhir pertama ini dengan sasaran menang melalui persiapan yang sedang kita lakukan sejak tempoh liga berehat.

“Yang pasti, kita mahu turun dengan kemampuan terbaik yang ada pada pada pasukan dan akhirnya aksi diatas padang itu sendiri akan menentukan hasilnya nanti,” katanya.

Nafuzi juga sedar lawannya Kuching City di bawah kendalian bekas jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak bakal tampil dengan tentangan lebih kuat.

“Saya anggap skuad Kuching City bukan pasukan yang akan memberi laluan mudah buat kami tambahan pula kami beraksi di tempat lawan pada aksi suku akhir pertama ini.

“Sudah pasti Aidil akan menganggap perlawanan ini sebagai satu yang istimewa buatnya kerana menentang bekas skuad kendaliannya dan oleh itu kami perlu lebih waspada agar tidak terperangkap dalam percaturan yang akan kami hadapi,” katanya.

sumber:- HM

Kedah bakal menghadapi saingan suku akhir kedua sekali lagi bertemu Kuching City FC di Stadium Darul Aman pada 4 Oktober depan.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

10 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

13 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

14 hours ago