sukan

Moses Atede makin garang bersama Kedah

Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Moses Atede mahu meneruskan rentak cemerlang bersama Sang Kenari pada saingan suku akhir pertama Piala Cabaran menentang menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Selasa ini.

Pemain kelahiran Nigeria berusia 25 tahun itu berkata, tahap keserasiannya bersama pasukan bimbingan Nafuzi Zain semakin baik sekali gus diharap dapat membantu pasukan mengharungi Piala Cabaran dan juga baki lima perlawanan Liga Super pada musim ini.

“Selepas melalui enam perlawanan bersama Sang Kenari, tahap keyakinan saya kini semakin meningkat. Saya mahu teruskan memberi tumpuan kepada dua misi penting iaitu Piala Cabaran dan tempat kedua Liga Super musim ini,” katanya.

Atede yang ditugaskan megawal ruang tengah dan pertahanan Sang Kenari, sudah menyumbangkan satu gol ketika menentang Penang FC pada 22 Ogos lalu.

Katanya, kerjasama yang ditunjukkan di kalangan rakan sepasukan menjadi bekalan terbaik untuknya terus meningkatkan keupayaannya bagi mengharungi baki perlawanan selepas ini.

“Saya tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya saya juga perlu tingkatkan lagi prestasi bagi menghadapi semua saingan yang akan lebih sengit termasuk Piala Cabaran selepas ini.

sumber:- HM

“Dengan adanya kerjasama yang baik bersama rakan sepasukan, saya berharap dapat menyumbang gol seandainya mempunyai peluang,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

11 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

13 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

13 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

13 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

15 hours ago