sukan

Ng Tze Yong , Jin Wei ke Separuh akhir

Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei melakar pencapaian terbesarnya musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Hong Kong, hari ini.

Jin Wei yang menduduki ranking ke-34 dunia mencipta kejutan apabila menumbangkan pemain nombor sembilan dunia dari China, Han Yue pada aksi suku akhir di Hong Kong Coliseum menerusi pertarungan tiga set berlangsung selama 52 minit.

Bekas juara remaja dunia dua kali itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk memenangi perlawanan 12-21, 21-17, 21-18.

Ini adalah pencapaian terbaik Jin Wei selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini yang menyaksikan dia sering tersingkir di pusingan awal dalam saingan Jelajah Dunia BWF.

Jin Wei akan bertemu seorang lagi pemain China, Zhang Yiman bagi perebutan tiket ke pentas final, esok.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut mara ke separuh akhir selepas menundukkan wakil Denmark, Magnus Johannesen 21-18, 21-12.

Dia akan membuat perhitungan dengan pilihan kelima kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie di separuh akhir.

Turut mara ke kelompok empat terbaik adalah beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang berjaya membenam cabaran pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-10, 21-18.

sumber:- BH

Mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dengan Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis, esok.