sukan

Komen E Elavarasan selepas teruk jadi mangsa kecaman

Pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, E Elavarasan tidak kisah atau goyah terhadap kecaman bertubi-tubi termasuk mendesaknya meletak jawatan susulan prestasi hambar pada kempen Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand, baru-baru ini.

Elavarasan berkata, pihak berkenaan seharusnya faham bahawa barisan kejurulatihan memerlukan masa untuk membina pasukan hebat dalam usaha meraih keputusan positif pada penyertaan kejohanan luar negara.

Beliau berkata, barisan anak buahnya sudah mempamerkan aksi terbaik dengan berusaha keras memastikan kemenangan, sekali gus mampu mengesahkan tiket ke Piala Asia B-23 di Qatar, tahun depan.

“Untuk saya tak ada masalah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, proses membina satu pasukan yang kuat memerlukan masa.

“Jika nak bercerita mengenai merit pun saya tak ada masalah. Apa yang penting perlawanan pertama dan kedua barisan pemain berjaya meraih kemenangan.

“Saya sangat berterima kasih kepada barisan pemain kerana mereka beraksi dengan baik pada perlawanan tempoh hari,” katanya.

Terdahulu, skuad B-23 negara sah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar pada 15 April hingga 3 Mei tahun depan selaku empat pasukan naib juara terbaik.

Di peringkat kelayakan, skuad negara menang 2-0 dengan Bangladesh dan 4-0 ke atas Filipina sebelum tewas 0-1 di tangan Thailand.

Prestasi hambar barisan pemain muda negara dikecam penyokong bola sepak tanah air sehingga mahukan bekas pengendali Sarawak United itu melepaskan jawatan selaku jurulatih skuad B-23 negara dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, Elavarasan yang juga pembantu kepada pengendali skuad Harimau Malaya berkata, walaupun menerima pelbagai kecaman, beliau tetap percaya barisan kejurulatihan ketika ini berupaya untuk membawa pasukan muda negara mengharungi Piala Asia B-23 tahun depan.

sumber:- HM

“Secara peribadi saya nak bertanya adakah pemain kita sekarang ini mempunyai kualiti untuk mengharungi Piala Asia B-23?.”Jika ada sudah pasti kami (barisan kejurulatihan) turut mempunyai kualiti itu,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

9 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

10 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

12 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

12 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

13 hours ago