Skuad Bawah 23 tahun (B-23) boleh menarik nafas lega untuk mara ke Piala Asia B-23 2024 walaupun tewas 1-0 di tangan Thailand pada aksi kelayakan di Stadium Chonburi, malam tadi.
Malaysia layak secara automatik selepas berada dalam kelompok empat naib juara terbaik yang turut mendapat slot ke pusingan akhir di Qatar.
Pada aksi terbabit, Malaysia lebih mengawal permainan namun beberapa peluang yang ada gagal dimanfaatkan sebaik mungkin untuk merobek gawang Thailand.
Sebaliknya, Malaysia hanya mampu mempertahankan gawang selama 20 minit apabila tandukan Yotsakon Burapha menewaskan Sikh Izhan Nazrel untuk gol pembukaan tuan rumah.
Ia gol pertama yang dibolosi skuad negara selepas tidak melepaskan sebarang gol dalam dua perlawanan pertama berdepan Bangladesh dan Filipina sebelum ini.
Bersambung babak kedua, Malaysia terus melancarkan serangan namun bergelut untuk mengancam gawang lawan apabila gagal melakukan sebarang percubaan tepat.
Thailand berjaya mempertahankan kelebihan satu jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus mara ke pusingan akhir selaku juara Kumpulan H.
Sebagai rekod, hanya 16 pasukan terdiri daripada 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik selain tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 tahun depan.
sumber:- BH
Saingan Piala Asia B-23 memberikan slot untuk ke Sukan Olimpik 2024 bagi tiga pasukan terbaik sementara pasukan keempat terbaik akan mengharungi aksi play-off menentang pasukan dari Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF).
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More