sukan

Reaksi berkobar – kobar tonggak warisan dan naturalisasi Malaysia

Semangat barisan pemain skuad Harimau Malaya cukup membara dan berkobar-kobar bagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa terutamanya menjelang saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan kempen Piala Asia di Qatar, Januari depan.

Antara pemain yang melontarkan keterujaan adalah dua tonggak warisan iaitu ketua pasukan, Dion Cools dan Darren Lok serta dua lagi pemain naturalisasi negara, Paulo Josue serta Sergio Aguero.

Cools, 27, yang memiliki darah kacukan Malaysia- Belgium mengakui tidak sabar untuk terus menabur bakti selepas beraksi cemerlang membantu skuad kendalian Kim Pan-gon mengikat dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia, Syria dan China menerusi keputusan seri 2-2 dan 1-1.

“Akan bersambung (untuk aksi antarabangsa berikutnya) lagi,” tulis Cools di laman sosial Instagramnya dengan meninggalkan tanda pagar 21 yang merujuk kepada nombor jersinya.

“Sayang pasukan ini,” kata Lok yang turut meledak gol kedua ketika aksi menentang Syria di mana penyerang Sabah FC it masuk sebagai pemain gantian di babak kedua.

Buat Josue pula, dia yang dinaturalisasikan pada awal tahun ini mengakui amat berbangga mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Sungguh suatu penghormatan dapat mewakili pasukan kebangsaan. Ayuh mari kita teruskan,” katanya di laman Facebook miliknya, sambil berkongsi beberapa keping gambar sepanjang kunjungan di Chengdu, China itu.

Nada sama diluahkan penyerang Sri Pahang FC, Sergio Aguero yang diturunkan oleh Pan-gon sebagai pemain gantian ketika berdepan Syria.

“Menjadi kebanggaan untuk saya menyarung jersi Malaysia,” tulisnya dalam Bahasa Malaysia di akaun Instagramnya di mana dia sendiri mengambil iniasitif mengikuti kelas bahasa bagi mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa kebangsaan itu.

Selepas ini, skuad negara akan dikumpulkan sekali pada pada kem latihan antarabangsa bulan depan bagi menyertai Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

sumber:- HM

Kemudian anak buah Pan-gon dijadual bersaing di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini, serta Piala Asia di Qatar Januari depan.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

3 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

4 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

5 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

7 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

8 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

9 hours ago