sukan

Faisal Halim terus jadi taruhan di Terengganu

Aksi cemerlang Faisal Halim bersama skuad Harimau Malaya ketika menentang Syria dan China kini didambakan Selangor FC yang mengharapkan impak sama dapat disumbangkan ketika aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.

Jelas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe, beliau gembira melihat prestasi cemerlang pemain lincah itu yang berjaya meledak satu gol ketika membantu skuad negara mengikat China 1-1 di Chengdu, Sabtu lalu.

Katanya, Faisal contoh pemain memiliki sikap positif dan profesional di dalam mahupun di luar padang dengan sentiasa memberikan persembahan 100 peratus buat pasukan diwakilinya.

“Kita tahu dia (Faisal) sebelum ini digantung dan tak dapat bermain selama sebulan. Tapi dia buktikan sebaliknya walaupun tak bermain tetapi tetap dapat beri aksi terbaik di atas padang.

“Perlawanan antarabangsa di China memang beri keyakinan tambahan buat Faisal dan saya percaya dia kini sudah berada pada tahap terbaiknya.

“Golnya dengan pasukan China sudah pasti bagi kekuatan tambahan kepada dia. Saya harap dia akan kekalkan prestasi sama apabila kita berkunjung ke Terengganu nanti,” katanya .

Terdahulu, Faisal digantung oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Julai lalu kerana melanggar statut badan induk itu dengan mengkritik pengelola liga tempatan tanpa kebenaran di hadapan pihak media.

sumber:- HM

Begitupun, tonggak kelahiran Mengkuang Titi di Pulau Pinang itu bangkit bersama skuad negara apabila memperagakan aksi memukau di China.

Recent Posts

  • sukan

Vietnam mungkin ikut jejak Malaysia

Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More

6 minutes ago
  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

3 hours ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

4 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

4 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

5 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

5 hours ago