sukan

Peluang terakhir buat Izham Tarmizi

Dua trofi kejuaraan – Piala FA dan Liga Super – sudah berlalu dan kini tinggal hanya Piala Malaysia menjadi rebutan.

Bagi Sri Pahang FC, piala berprestij itu jelas satu-satunya peluang untuk mereka bergelar juara musim ini selepas dua piala menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak hairan penjaga gol Pahang, Izham Tarmizi Roslan teruja apabila kempen bola sepak tempatan bersambung semula hujung minggu ini selepas rehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

“Piala Malaysia adalah peluang terakhir untuk Sri Pahang menjulang piala sesudah terlepas peluang menjulang Piala FA dan Liga Super.

“Apabila berada pada tahap ini (suku akhir), kami akan melakukan segala-galanya untuk memastikan kemenangan ke atas KL City pada suku akhir nanti.

sumber:- BH

“Saya dan rakan sepasukan akan mempamerkan persembahan 100 peratus untuk mencapai misi berkenaan.”Anak buah Fandi Ahmad akan berkunjung ke laman lawan bagi aksi pertama Ahad ini sebelum suku akhir kedua di Kuantan pada 24 September depan.