sukan

Kelemahan skuad Pan Gon sudah dikenal pasti

Dua keputusan memberangsangkan yang dilakar skuad Harimau Malaya ketika berdepan Syria dan China membuktikan peningkatan yang lebih baik selain transformasi dari segi falsafah yang cuba diterapkan pengendali, Kim Pan Gon.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Fauzi Pilus melihat banyak aspek positif diperagakan barisan pemain negara dalam dua aksi menentang pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia bukan sahaja dari segi taktikal tetapi dari segi pemain itu sendiri.

Justeru, Fauzi beranggapan peningkatan yang ditunjukkan hasil dua perlawanan itu sedikit sebanyak membuktikan pemain negara memiliki kemampuan untuk mencabar pasukan di ranking yang lebih baik.

“Menerusi dua perlawanan ini, saya tengok struktur pemain yang semakin disiplin, lebih tenang dan bukan sahaja bertambah baik dari segi taktikal, kita boleh nampak keseimbangan perlawanan, kawalan emosi, organisasi dan kemampuan pemain mengikut taktikal dengan lebih baik.

“Kita juga boleh nampak transisi yang lebih baik dari serangan ke bertahan dan sebaliknya. Pemain bergerak serta bermain sebagai satu unit berdasarkan kemahuan yang diterapkan Pan Gon.

“Ada juga variasi dari segi pergerakan di mana pemain lebih banyak bergerak untuk memberikan banyak pilihan. Ada penguasaan bola, ada ‘direct play’, struktur menyerang secara serangan balas pantas serta permainan secara ‘build up’.

“Pemain ada banyak idea dan tidak tergesa-gesa untuk menangani sebarang situasi di mana mereka tidak panik. Perkara ini perlu diterapkan di semua bahagian dalam setiap perlawanan nanti,” kata Fauzi.

Bagaimanapun, Fauzi yang juga bekas jurulatih serta pengarah teknikal PDRM FC itu melihat jentera tengah skuad negara perlu lebih dinamik dan aspek itu pasti akan diperbaiki barisan kejurulatihan bagi tugasan antarabangsa seterusnya.

“Barisan kejurulatihan perlu mengolah pemain yang ada kerana kita perlukan pemain tengah yang lebih dinamik. Jadi kena cari lagilah (pemain) ataupun bangunkan pemain yang berada dalam fikirannya bagi posisi terbabit.

sumber:- BH

“Mungkin juga boleh memantau pemain yang semakin berkualiti untuk aksi seterusnya. Tetapi secara keseluruhan, ada peningkatan yang ditunjukkan dalam kedua-dua perlawanan menentang Syria dan China,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

2 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

3 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

4 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

4 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

5 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

5 hours ago